My Sejahtera

Untuk makluman, KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat laman web/memuatnaik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan. Buat masa ini, perkhidmatan ini disediakan oleh pihak swasta seperti di bawah:

  1. Bookdoc
  2. Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
  3. Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
  4. Qualitas Medical Group Sdn Bhd
  5. Gleneagles Kuala Lumpur
  6. Pantai Hospital Kuala Lumpur
  7. Pantai Hospital Cheras
  8. Pantai Hospital Klang
  9. Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka
  10. Twin Tower Medical Centre, KLCC
  11. DoctorOnCall

Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut. Senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

Powered by KPISOFT