Helpdesk
Berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, data pengambilan suhu badan tidak perlu direkod bagi tujuan pengesanan kontak. Pengambilan suhu hanya digunakan untuk menentukan sama ada pengguna mempunyai suhu badan melebihi 37.5C dan mereka dibenarkan untuk memasuki premis.​
Harap maklum bahawa HOTSPOT akan dikemas kini setelah KKM menyelesaikan siasatan mereka mengenai sumber jangkitan yang pasti. Kami harap anda terus menggunakan MYSJ untuk membantu kerajaan dalam mengawal pandemik ini.
Sila terangkan isu yang dihadapi oleh anda kepada kami
Sila layari:
https://mysejahtera.malaysia.gov.my
Sila ikuti langkah-langkah berikut pada "MySejahtera Check-in" untuk melengkapkan pendaftaran perniagaan dan juga untuk maklumat tambahan.
Anda mungkin telah mendaftar akaun perniagaan sebelum ini, oleh itu ralat ini dipaparkan. Sila cuba log masuk di laman web dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang berdaftar.​
Untuk mendaftar perniagaan / organisasi dengan MySejahtera dan menggunakan fitur check-in kod QR, sila layari pautan berikut untuk meneruskan
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/​
Jika anda mengalami masalah mendaftar dengan menggunakan nombor telefon, sila cuba mendaftar dengan menggunakan alamat e-mel.​
Sila sahkan bahawa ID pengguna dan kata laluan yang dimasukkan adalah betul.
  • Jika anda mendaftar dengan menggunakan nombor telefon, sila masukkan nombor telefon sebagai ID pengguna.​
  • Jika anda mendaftar dengan menggunakan alamat e-mel, sila masukkan alamat e-mel sebagai ID pengguna.​
  • Jika anda masih lagi menghadapi masalah, klik pada butang “Log masuk dengan OTP” di halaman log masuk. OTP akan dihantar ke nombor telefon atau alamat e-mel berdasarkan ID pengguna yang berdaftar. Untuk log masuk seterusnya, anda dikehendaki untuk membuat kata laluan baru.
Sila klik pautan berikut untuk mendaftar:
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/​
Sila pastikan anda menggunakan ‘browser’ Firefox atau Google Chrome dan elakkan penggunaan ‘browser’ Internet Explorer.​
Zon dan lokasi rumah anda bergantung kepada penilaian risiko lokasi yang telah dihantar.
Anda mempunyai kad notis larangan pergerakan kerana status risiko COVID-19 anda adalah tinggi. Setelah anda menyelesaikan pemantauan kesihatan selama 10 hari, status risiko COVID-19 anda akan ditukar kepada risiko rendah.