Aplikasi ini hanya dikhaskan untuk mengimbas kod QR MySejahtera sahaja.
Sila periksa sama ada tetapan kamera diaktifkan untuk aplikasi MySejahtera pada tetapan peranti telefon anda. Kemudian cuba sekali lagi.
Sila pastikan anda mengemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini. Untuk melihat sejarah check-in, sila rujuk langkah-langkah di bawah :​

Langkah 1 : Klik check-in pada bahagian bar dibawah dalam aplikasi MySejahtera​ Langkah 2 : Di bahagian atas kanan halaman check-in, klik “Rekod yang lepas” untuk melihat sejarah check-in pada 30 hari yang lepas.

Fitur sejarah check-in hanya menunjukkan aktiviti check-in yang dilakukan melalui aplikasi versi 1.0.23 dan ke atas. Pangkalan data KKM mempunyai semua sejarah check-in anda daripada aplikasi versi yang lama untuk tujuan pengesanan kontak.​
​1.Sila pastikan anda mengemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini 1.0.24​.

2.Sila klik check-in, tab tambahan akan dipaparkan dan akan menunjukkan semua tanggungan yang telah anda daftarkan.​

3.Tandakan tangunggan yang ingin check-in bersama anda atau anda boleh memilih untuk check-in tanpa tanggungan dengan menekan butang check-in.​

4.Setelah anda menekan butang check-in, kamera akan dibuka dan anda boleh mengimbas kod QR untuk check-in.​

5.Jika anda memilih tanggungan, nama mereka akan dipaparkan di bawah nama pengguna di halaman “success page”​.
Sila nyahpasang dan pasang semula versi terkini aplikasi MySejahtera dan cuba sekali lagi.