Success

Salah satu sebab utama anda masih tidak menerima tarikh janji temu adalah kerana kesilapan dalam memasukkan nombor Kad pengenalan /Pasport.

Bagi melaksanakan semakan maklumat nombor Kad pengenalan (KP)/Pasport.

  1. Sila ke laman utama MySejahtera
  2. Klik ikon ‘Vaksinasi COVID-19’
  3. Pilih ‘Vaksin untuk [nama anda]”

Sekiranya terdapat keperluan untuk mengemaskini nombor KP/Pasport anda, sila :

  • Log masuk ke akaun MySejahtera anda
  • Klik pada ikon "MySejahtera"
  • Klik pada ikon "HELPDESK"
  • Klik pada "MULAI"
  • Klik pada pilihan C ' Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Penegenalan / Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya '
  • Klik pada pilihan A "Saya ingin mengemas kini nama saya & nombor Kad Penegenalan / Pasport"
  • Masukkan butiran ID PENGGUNA anda dan klik "BERIKUTNYA"
  • Masukkan ID PENGGUNA & EMAIL anda dan sahkan EMAIL dan klik "HANTAR”
  • Pergi semula ke laman utama MySejahtera dan ulangi langkah 1, 2 dan 3 di atas.
  • Edit maklumat peribadi anda seperti Kad Pengenalan/ Pasport

Nota :

Sekiranya anda tersilap memasukkan nombor KP/Pasport semasa tempahan slot janji temu AstraZeneca di portal www.vaksincovid.gov.my, sila hubungi Talian Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan @ 1800-888-828 untuk tujuan kemas kini.

Jika anda masih tidak dapat melihat janji temu di MySejahtera walaupun nombor kad pengenalan/ Pasport telah dikemas kini, sila isi maklumat seperti di bawah:

Anda digalakkan untuk menghadiri janji temu yang telah diberikan kepada anda. Namun begitu, sekiranya anda :

  1. TIDAK DAPAT HADIR untuk janji temu anda, sila jawab sebagai ‘TIDAK’ dalam pengesahan janji temu di aplikasi MySejahtera anda. Nama anda akan dimasukkan semula ke dalam senarai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
  2. INGIN MEMBATALKAN pengesahan ‘ YA ‘ untuk janji temu yang telah dibuat sebelum ini, sila isikan butiran di bawah.

Mengapa anda mahu membatalkan janji temu anda:

  • ATidak sihat​
  • BMemutuskan untuk tidak mengambil vaksin
  • CAda perkara lain yang perlu dibuat
  • DIsu Pengangkutan​
  • EPusat Pemberian Vaksin yang ditetapkan terlalu jauh
  • FLain-lain
Tolong jelaskan alasan anda untuk membatalkan janji vaksinasi anda

Sila berikan butiran di bawah. Sila periksa MySejahtera anda selepas 7 hari untuk tarikh baru anda dalam program PICK.