
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Program ePENJANA adalah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), yang bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan pengguna. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan amalan keselamatan melalui pembayaran tanpa sentuh dan membantu pihak kesihatan awam menjalankan pengesanan kontak rapat untuk mengawasi penularan COVID-19 melalui penggunaan aplikasi MySejahtera.
Setiap pemohon mesti muat turun, berdaftar dan menggunakan aplikasi Mysejahtera untuk membantu Kerajaan mengurus penularan COVID-19. Sila kemaskini maklumat peribadi dan pastikan nama dan nombor kad pengenalan anda adalah betul.
Pengguna boleh memohon bantuan ePENJANA melalui tiga e-Wallet terkemuka, sama ada Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet. Untuk maklumat lebih lanjut, klik pautan berikut:
Aplikasi
MySejahtera Check-In
Apa itu MySejahtera Check-In
MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

Pengimbas Kod QR MySejahtera
MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.
Imbas Kod QR menggunakan Pengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera.
Pengesahan dibenarkan masuk ke premis.
Muat Turun
Muat turun sekarang

GooglePlay

Appstore

Apps Gallery

GAMMA
Kerjasama Strategik




