Dasar Privasi MySejahtera

Aplikasi MySejahtera (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu Kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Aplikasi ini membolehkan anda (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") melakukan penilaian kesihatan kendiri, memantau status kesihatan dan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan segera dalam menyediakan rawatan jika diperlukan.

MySejahtera dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Ia ditadbir oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan Data Peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan pemantauan dan kawalan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dalam menangani wabak COVID-19. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

Maklumat Yang Dikumpul

  • Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran, menambah maklumat tanggungan, menjawab penilaian kesihatan, mendaftar masuk di premis menggunakan imbasan kod QR dan menghubungi khidmat sokongan melalui e-mel atau borang sokongan teknikal.
  • Data yang diperolehi secara automatik - misalnya, data lokasi daripada imbasan kod QR dan kategori tahap risiko kesihatan yang diperolehi berdasarkan penilaian kesihatan kendiri.
  • Data lokasi pengguna hanya akan direkodkan apabila kebenaran untuk mengakses lokasi pengguna menerusi peranti pintar diberikan.
  • Aplikasi ini mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:
    1. Pendaftaran Pengguna
      1. Nama
      2. Alamat
      3. Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pasport
      4. Nombor Telefon
      5. Tarikh Lahir
      6. Alamat E-mel
      7. Jantina

    2. Check-in
      1. Nama
      2. Nombor Telefon
      3. Lokasi

    3. Aduan
      1. Nama
      2. Lokasi
      3. Gambar (yang dimuat naik pada borang aduan)

    4. Travel
      1. Nama
      2. Nombor Telefon
      3. Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pasport
      4. Warganegara
      5. Nombor Kapal/kenderaan
      6. Nombor Tempat Duduk
      7. Destinasi Berlepas
      8. Destinasi Ketibaan
      9. Daerah

Ringkasan Kebenaran​

Semasa menggunakan fungsi di aplikasi ini, kami ingin meminta akses seperti di bawah untuk memberi anda pengalaman yang lebih baik​

  • Galeri Gambar, Fail, Audio & Video: Untuk membolehkan anda menetapkan gambar profil dan memuat turun infografik pengumuman dalam aplikasi ini​
  • Kamera: Untuk membolehkan anda mengimbas kod QR check-in bagi tujuan pengesanan kontak, atau menetapkan gambar profil anda​
  • Lokasi: Untuk menentukan lokasi anda semasa menggunakan fungsi berdasarkan lokasi di aplikasi ini (Cth. pengesan kawasan panas, penilaian lokasi, carian fasiliti kesihatan)​
  • Telefon: Untuk membolehkan anda mendail hotline COVID-19 atau hotline Vaksinasi melalui aplikasi ini​

Tujuan pengumpulan data adalah seperti berikut:

  • Menilai risiko pengguna dijangkiti COVID-19 berdasarkan maklumat yang diberikan mengenai keadaan kesihatan pengguna dan sejarah perjalanan, penyertaan perhimpunan besar atau hubungan rapat dengan kes positif COVID-19.
  • Untuk berkomunikasi dengan pengguna sekiranya keadaan pengguna memerlukan perhatian lanjut daripada pegawai kesihatan.
  • Untuk memberi maklum balas kepada pengguna mengenai sebarang komen atau pertanyaan.
  • Untuk mencadangkan kemudahan perubatan terdekat dengan lokasi pengguna.
  • Untuk membantu pengguna mengenal pasti sama kawasan hotspot (kawasan dengan kes positif COVID-19 yang dilaporkan).
  • Untuk mengesan tempat yang telah pengguna lawati jika terdapat kes positif COVID-19 di sesuatu kawasan.
  • Untuk memastikan pematuhan terhadap semua peraturan dan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Maklumat peribadi pengguna mungkin akan dikongsi bersama pihak berkuasa penguatkuasaan bagi tujuan penyusulan dan penyelesaian aduan yang dikemukakan melalui Aplikasi ini.

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

Kerahsiaan

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Untuk data Check-In, maklumat pengguna hanya disimpan selama 90 hari dan akan dihapuskan selepas itu.

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data at rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.

Data tanpa nama

Aplikasi ini mengumpulkan data tanpa nama mengenai peranti dan OS pengguna (cth.: Model peranti, versi OS) bagi membantu kami menambahbaik Aplikasi untuk kegunaan pengguna.

Perubahan kepada dasar privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemaskini di halaman ini.