Soalan Lazim MySejahtera
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia
Pentadbir aplikasi di KKM
Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Pada dasarnya, maklumat yang dikemukakan akan digunakan untuk membantu KKM merancang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, sila bersikap jujur semasa menghantar maklumat anda bagi membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Telefon pintar dengan sistem pengoperasian Android 4.4 ke atas atau iOS 12 ke atas.
Sambungan internet
Boleh menerima SMS bagi proses penghantaran One-Time-Pin (OTP).
Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi MySejahtera adalah PERCUMA.
Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
Langkah 2: Tekan butang "Daftar Di Sini" untuk mendaftar pengguna baharu
Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik "Daftar" atau klik pautan "Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar" (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan "Hantar" (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang "Sahkan"
Langkah 7: Anda akan mendapat mesej "Pendaftaran Berjaya". Klik pada link "Tutup" di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik "Log Masuk"
Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.
Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi "Urus Tanggungan" di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.
Setelah melengkapkan penilaian kesihatan kendiri, status kesihatan anda akan diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:
# | Klasifikasi | Penerangan |
---|---|---|
1 | Low Risk | Individu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19. |
2 | Casual Contact | Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. |
3 | Close Contact |
Individu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk:
Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19) Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19 Mengembara bersama pesakit COVID-19 Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19 |
4 | Person Under Surveillance (PUS) | Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari. |
5 | Kes Suspek | Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom. |
6 | Confirmed Case | Individu yang telah diuji positif COVID-19. |
Anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi "MySejahtera Helpdesk" dalam aplikasi MySejahtera.
Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.
Semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.
Maklumat Am Berkenaan Fungsi MySejahtera Check-In Untuk Perniagaan, Pembinaan & Industri
MySejahtera Check-In merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Ia berfungsi untuk membantu negara dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam.
Fungsi MySejahtera Check-In:
Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;
Mengurangkan kesesakan pelawat;
Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan
Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak disalahgunakan.
Pentadbir aplikasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
Rakyat Malaysia dan semua warga asing yang menetap di Malaysia; dan
Pemilik premis.
Premis perniagaan;
Kilang;
Tapak pembinaan;
Kedai-kedai;
Pejabat-pejabat; dan
Pengangkutan awam.
Fungsi ini hanya boleh didapati di aplikasi MySejahtera versi 1.0.18 ke atas. Pengguna boleh mengemaskini aplikasi MySejahtera di Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Anda boleh mendapatkan bantuan dengan menekan ‘MySejahtera Helpdesk’ pada aplikasi MySejahtera.
MySejahtera Check-In menjamin keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak disalahgunakan. Log lawatan dan maklumat pengguna dikawal selia oleh KKM dan hanya akan digunakan oleh KKM sekiranya terdapat pelaporan kes COVID-19 yang positif.
MySejahtera Check-In boleh digunakan oleh pemilik premis bermula dari 2 Jun 2020. Mereka digalakkan untuk menggunakan MySejahtera Check-In kerana sistem ini disokong oleh KKM dan menjamin keselamatan maklumat pengguna.
Fungsi MySejahtera Check-In untuk pelawat
Untuk pengguna aplikasi MySejahtera sedia ada (pastikan aplikasi MySejahtera anda berada di versi terkini):
Langkah 1 : Tekan butang ‘Pengimbas Kod QR MySejahtera’ di Halaman Utama aplikasi MySejahtera;
Langkah 2 : Sila tekan ‘Check-in’ untuk daftar kemasukan anda;
Langkah 3 : Sila imbas Kod QR MySejahtera Premis; dan
Langkah 4 : Setelah mengimbas, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.
Untuk pengguna yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera:
Langkah 1 : Sila imbas Kod QR MySejahtera Premis menggunakan kamera telefon;
Langkah 2 : Laman web MySejahtera Check-In akan dibuka. Pengguna perlu memasukkan nama, nombor telefon dan menjawab deklarasi kesihatan;
Langkah 3 : Tekan butang 'Hantar'; dan
Langkah 4 : Susulan itu, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.
Dengan menggunakan pengimbas kod QR MySejahtera, maklumat pengguna dijamin selamat dan hanya akan digunakan oleh KKM sekiranya terdapat pelaporan kes COVID-19 yang positif. Melalui kaedah ini juga, pengguna tidak perlu mendaftar secara manual.
Maklumat pengguna hanya disimpan selama 90 hari dan akan dihapuskan selepas itu.
Pengguna MySejahtera sedia ada akan menerima status 'Risiko Tinggi sekiranya mereka diklasifikasikan sebagai Person Under Survelillance (PUS), Kes Suspek, Casual Contact atau Close Contact. Pelawat yang bukan pengguna aplikasi MySejahtera akan turut menerima status 'Risiko Tinggi' sekiranya mereka menjawab ‘Ya’ pada pernyataan kesihatan di halaman pendaftaran MySejahtera Check-In.
Walaubagaimanapun, kemasukan pelawat ini adalah tertakluk kepada polisi premis tersebut. Pada masa ini, masih tiada peraturan yang tidak membenarkan kemasukan mereka ke premis tersebut.
Fungsi MySejahtera Check-In untuk pemilik premis
Untuk pendaftaran, pemilik premis perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 : Daftarkan premis anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/
Langkah 2 : Masukkan nombor telefon bimbit dan tekan ‘Daftar’;
Langkah 3 : Anda akan menerima One Time Pin (OTP) melalui SMS;
Langkah 4 : Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’;
Langkah 5 : Isikan butiran pendaftaran premis seperti yang tertera di laman web dan tekan butang ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’; dan
Langkah 6 : Anda akan menerima Kod QR MySejahtera Premis untuk dimuat turun dan dicetak. Kod QR tersebut perlu ditampal di pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelawat.
Untuk log masuk, pemilik premis perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 : Log masuk di pautan berikut https://mysejahtera.malaysia.gov.my/signin/
Langkah 2 : Masukkan nombor telefon bimbit anda dan tekan ‘Log Masuk’;
Langkah 3 : Anda akan menerima One Time Pin (OTP) melalui SMS;
Langkah 4 : Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’;
Langkah 5 : Anda mengemaskini maklumat premis di dashboard pemilik premis.