MySejahtera Traveller adalah fungsi tambahan yang dibina khusus untuk pengembara (warganegara dan bukan warganegara) yang akan balik atau melawat Malaysia. Ini adalah berdasarkan peraturan baru kerajaan Malaysia untuk memastikan wabak COVID-19 terkawal di Malaysia dengan pembukaan sempadan.
Antara kegunaan fungsi ini adalah:
1. Memastikan pengembara melengkapkan borang deklarasi kesihatan sebelum memasuki Malaysia.
2. Check-In di pintu masuk antarabangsa (Arrival Check-In) menggunakan pengimbas Kod QR MySejahtera.
3. Pemberian “Home Surveillance Order”(HSO) secara digital ke profil pengguna menggunakan ID MySejahtera dimana tempoh kuarantin selama 7 hari bagi individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi dan selama 10 hari bagi individu yang tidak lengkap 2 dos vaksinasi.
4. Melakukan penilaian kendiri (Home Assessment Tool) setiap hari untuk tempoh masa pengawasan (14 hari).
5. Peringatan untuk melakukan ujian makmal pada hari ke-5 bagi individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi dan pada hari ke-8 bagi individu yang tidak lengkap 2 dos vaksinasi.
6. Setelah tamat tempoh pengawasan pada hari ke-7 atau hari ke-10, penggunaan HSO akan dilengkapkan secara automatik.
Klik butang "Muat Turun Panduan MySejahtera Travel" di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan :
Kit Perjalanan