Apa itu MySejahtera Traveller?

MySejahtera Traveller adalah fungsi tambahan yang dibina khusus untuk pengembara (warganegara dan bukan warganegara) yang akan balik atau melawat Malaysia. Ini adalah berdasarkan peraturan baru kerajaan Malaysia untuk memastikan wabak COVID-19 terkawal di Malaysia dengan pembukaan sempadan.

Antara kegunaan fungsi ini adalah:

1. Memastikan pengembara melengkapkan borang deklarasi kesihatan sebelum memasuki Malaysia.

2. Check-In di pintu masuk antarabangsa (Arrival Check-In) menggunakan pengimbas Kod QR MySejahtera.

3. Pemberian “Home Surveillance Order”(HSO) secara digital ke profil pengguna menggunakan ID MySejahtera.

4. Melakukan penilaian kendiri setiap hari untuk tempoh masa pengawasan (14 hari).

5. Peringatan untuk melakukan pemeriksaan makmal pada hari ke 13.

6. Peringatan untuk melawat Pejabat Kesihatan Daerah yang ditetapkan untuk menamatkan tempoh pengawasan (HSO).

7. Setelah tamat tempoh pengawasan pada hari ke 14, penggunaan HSO akan dibatalkan.

Klik butang “Muat Turun Panduan MySejahtera Travel” di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan :

  • Proses Ketibaan Di Malaysia
  • Proses Kuarantin Di Rumah
  • Isu lazim berkaitan penggunaan MySejahtera Travel

Traveller

Kit Perjalanan